Kadang jualan naik … Kadang-kadang jualan turun…. Ini adalah perkara biasa dialami oleh peniaga kecil dan usahawan.

Bagaimana kita nak tingkatan jualan di dalam pemasaran online?

FAB Training akan kongsikan Tips untuk tingkatkan jualan anda..

 

Google My Business

Platform yang disediakan oleh pihak Google untuk daftarkan perniagaan anda di dalam Google Direktori. Ianya adalah percuma.  Apa yang perlu anda sediakan adalah akaun Gmail untuk pendaftaran.

Apabila anda daftar Google My Business, perniagaan anda juga secara automatik akan berada di dalam Google Maps. Anda boleh masuk maklumat perniagaan, gambar dan promosi produk dan paling penting maklumat seperti nombor telefon juga boleh dimasukan.

Facebook LIVE

FB Live banyak membantu usahawan menjual produk atau servis. Ianya sangat popular kerana menggunakan Video sebagai media untuk membuat pemasaran secara online.

Dalam masa yang sama sekarang ini penggunaan “Smartphone” yang berteknologi tinggi di mana kamera telefon boleh digunakan untuk membuat “LIVE“.

Sebelum anda membuat “LIVE” di facebook, anda perlu sediakan

  • Internet yang laju
  • Pembantu untuk menjawap sebarang soalan dari pelanggan ketika “LIVE” sedang berlangsung.
  • Tripod yang stabil untuk “Smartphone” anda. Ini penting supaya anda tidak memegang telefon anda semasa “LIVE” sedang berlangsung.

TIPS untuk menarik minat penonton ketika “LIVE” sedang berlangsung fi Facebook.

  1. Perlu memberitahu lebih awal kepada prospek atau pelanggan kita tentang masa dan tarikh untuk membuat “LIVE” di facebook.
  2. Memberi penerangan ringkas kepada penonton supaya mereka tahu apa yang kita nak jual atau servis yang kita sediakan.
  3. Meminta penonton untuk LIKE, SHARE dan juga FOLLOW Page kita di Facebook
  4. Jangan lupa ajak penonton kita untuk memberi response semasa “LIVE” sedang berlangsung supaya dapat berinteraksi secara 2 hala.
  5. Jangan lupa CTA (CALL TO ACTION) semasa siaran LIVE sedang berlangsung supaya penonton tahu apa yang perlu dia lakukan semasa siaran LIVE sedang berlangsung. Contoh CTA: Whatsapp kami segera, PM kami sekarang.

 

 

Instagram - Platform Branding

Platform yang ramai orang Malaysia menggunakannya. Anda boleh menggunakan untuk tingkatkan Brand anda di dunia ONLINE. Instagram menggunakan gambar dan video sebagai medium perkongsian.

Antara fungsi terbarunya yang menjadi kesukaan ramai ialah Instagram Reels. Ini akan membantu anda untuk tingkatkan “BRAND AWARENESS” untuk perniagaan anda.

Anda boleh menggunakan fungsi ini untuk menonjolkan kepakaran anda. Anda boleh membuat video tentang prosuk anda. Antara perkara yang anda boleh lakukan ialah video tutorial penggunaan produk anda atau servis yang anda jalankan.

TIPS:

Pastikan anda menggunakan hashtag anda sendiri supaya ianya mudah dicari dan menjadikan ianya tranding.

Soft Sales

Di dalam dunia pemasaran online, kita boleh menjual tanpa sempadan dan dalam masa yang sama prospek tidak mengenali kita. Ianya berbeza dengan pemasaran offline yang mana prospek dapat mengenali kita dengan lebih dekat dan kita boleh membina kepercayaan kepada mereka.

Selalunya kita disaran untuk menulis content tentang produk atau servis kita kepada prospek. Mereka akan mulai mengenali kita dengan content yang kita tulis. Selalunya kita menulis tentang info kepada prospek kita untuk membina keyakinan kepada kita.  Jangan kita terus menulis content yang terus menjual. Ini akan menyebabkan prospek kita tidak suka.

Bina Kumpulan Prospek

Kami di FAB Traning selalu sarankan supaya anda mencipta group di sosial media isitu seperti Group Facebook, Group Whatsapp mahupun Group Telegram. Ini supaya anda dapat membina kolam peminat produk atau servis anda.

Ini adalah aktiviti yang sangat bagus untuk membina kepercayaan dan juga menberi informasi tentang produk atau servis anda. Aktiviti seperti ini juga dikenali sebagai “funnel” di mana kita himpunkan semua prospek yang sama minat dengan produk atau servis yang kita buat.

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Customer Support

Coach Fauziah

Online

Coach Fauziah

Hai... Boleh saya bantu 00.00